Menilai Pelaksanaan Satu Dasar Pendidikan di Malaysia dari Aspek Pelaksanaan dan Pencapaian.

 

Kebanyakan negara berusaha untuk menambah baik sistem pendidikan mereka untuk bersaing dengan lebih berkesan dalam ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Globalisasi membawa kepada kesedaran pihak kerajaan dalam kemajuan ekonomi dan sistem pendidikan lain yang pesat berkembang. Kerajaan mungkin ingin mencontohi kejayaan negara-negara lain walaupun terdapat pandangan yang kukuh bahawa keberkesanan 'peminjaman dasar' itu dibatasi oleh perbezaan kontekstual dan budaya.

 

                     Satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia  pelaksanaan melalui dasar pendidikan di Malaysia adalah dengan melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan ( 1M1S ). Pengenalan, program ini mewajibkan setiap murid untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani, intelek, jasmani dan emosi. Hal ini kerana, penyertaan murid secara aktif dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sepanjang tahun adalah untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat, cergas serta pemikiran yang cerdas.

 

                     Di sini saya akan menerangkan pendapat saya berkenaan dasar ini. Kita melihat pada matlamat dari program 1 Murid 1 Sukan ini adalah dapat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid. Oleh itu, boleh dikatakan melalui pelaksanaan dasar ini banyak perkara positif yang dapat kita ambil.

 

                    Antara kebaikan yang kita peroleh dari dasar ini adalah dapat memberi peluang kepada murid-murid yang berbakat dan juga berpotensi untuk digilap agar ke tahap yang lebih tinggi seperti Datuk Lee Chong Wei pemain nombor 1 dalam sukan badminton negara. Seterusnya, dengan wujudnya program tersebut akan dapat meningkatkan kecergasan jasmani serta dapat dapat membentuk sahsiah , jati diri, disiplin dan dapat menerapkan nilai murni dalam diri setiap murid. Hal ini kerana, dengan bersukan kita dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan kita serta mencerdaskan minda dan pemikiran. Oleh itu, pelajar tersebut akan menjadi seorang individu yang cergas serta cerdas dan mempunyai jati diri yang kukuh serta berdisiplin kerana nilai murni telah diterapkan dalam diri murid tersebut.

 

                     Selain itu, perpaduan antara kaum juga akan dapat dipupuk dan juga dapat membentuk budaya sukan di kalangan murid. Budaya sukan amat penting bagi melahirkan murid yang cemerlang dari segi akedemik korikulum dan ko-kurikulum. Murid yang versetail amat perlukan agar negara kita terus maju dan membangun dengan pesat. Namun, kita juga tidak lupa akan perpaduan. Negara yang maju adalah negara yang kukuh perpaduannya. Ini diibaratkan seperti dalam satu kumpulan bola sepak yang terdiri dari berbagai kaum. Kita perlu bekerjasama biarpun berlainan kaum agar dapat menyerang dan bertahan dengan baik berdasarkan strategi kumpulan. Dengan adanya kerjasama antara ahli kumpulan walau berlainan kaum, perpaduan akan semakin erat dan kukuh. Hal ini adalah sangat baik untuk negara kita yang mempunyai berbagai kaum dan etnik.

 

                      Walau bagaimanapun, melalui program ini kita dapat memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal dan dapat memberi keseimbangan antara keperluan akedemik dengan keperluan fizikal serta dapat mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Setiap murid perlu seimbang antara belajar dan bersukan. Tidak boleh terlalu tekan untuk akedemik. Hal ini kerana, bersukan dapat melancarkan perjalanan darah dan membuatkan pelajar dapat berfikir dengan cergas dan bernas. Selain itu, bersukan juga akan menyihatkan tubuh badan. Dengan program ini, kita juga dapat mencungkil bakat yang ada pada murid agar dapat digilap dan meningkatkan tahap mereka sehingga menjadi seorang yang professional dalam sukan yang diminati oleh pelajar.

 

                      Oleh itu, penilaian saya berkenaan dengan dasar ini adalah saya bersetuju dan menyokong tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan dasar ini kerana negara akan memperoleh kesan yang positif kerana tindakan ini. Hal ini kerana, mengikut statistic negara Malaysia mempunyai bilangan tertinggi yang mempunyai berat badan obesti. Oleh yang demikian, wajarlah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan dasar ini.

 

                     Kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu dalam sistem pendidikan yang banyak manfaatnya. Oleh itu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni kerajaan ini. Sekiranya usaha ini tidak digerakkan dengan betul dan sempurna, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama dalam hal ini, ibarat bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap lebih banyak ahli sukan yang bertaraf dunia akan dilahirkan pada masa akan datang.

Comments